Tuesday, July 8, 2014

Bab 5- Ingin Kan Top Speed

Ruang pembakaran pada head

Salam semua.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi.. 

Post ini adalah untuk menjawab soalan dari seorang teman yang ingin tahu bagaimana untuk mencari topspeed. Walaupun soalan beliau lebih kepada top speed di trek drag 201m, jawapannya lebih kurang sama pada motosikal kendalian harian, motor lumba suka-suka, motor sekilo atau berkilo-kilo, motor nak gi pasar pun sama.. :)

Jika motosikal anda pernah di 'bore up' atau bahasa orang kampung penah lay blok, maka nisbah mampatan pada head telah meningkat. Apatah lagi yang saja-saja up piston hingga sebesar badak (siap masuk slip besar lagi).. Mesin akan menjadi senak hinggakan boleh membawa kesan negative pada motosikal anda.

Oleh itu sebagai langkah penyelesaian ruang pembakaran haruslah diporting semula mengikut kesesuaian kegunaan mesin. 

Jika mesin-mesin khas untuk perlumbaan jarak dekat biasanya mempunyai CR (Compression Ratio) yang tinggi sekitar 13-16:1,

Untuk mesin jarak jauh pula biasanya sekitar 11-13:1,

Mesin 'lumba suka-suka' sekitar 10-11:1..

dan motor gi pasar pula sebaiknya sekitar 8-9:1..

CR ini boleh diukur dengan pelbagai cara. Salah satunya dengan mengunakan picagari. Kira berapa banyak air yang boleh diisi diruang pembakaran. Dapatkan pula nilai isipadu enjin (cc). Selepas itu kita kira dengan formula ini.... 
Contohnya, sebuah mesin telah di jek rod menjadi 65mm, masuk blok besar 63mm, kawah head 20ml.. Cc telah menjadi 203...

(Isipadu head + isipadu enjin) / isipadu head = CR

(20 + 203) / 20 = 11.15

jawapannya dikira 11:1

*Cukup manis untuk motor lumba suka-suka.. :)

 

Dengan pengiraan itu tadi dapatlah kita tentukan CR untuk penggunaan mesin kita.

CR tinggi adalah baik kerana menjadikan mesin lebih respon, terasa dari RPM bawah sampai ke atas, top speed juga meningkat kerana final gear menjadi lebih bertenaga. Namun jika berlebihan pula akan menyebabkan:

Mesin cepat overheatEngine break menjadi berat dan kasarDetonationKnockingYang paling ditakuti RPM atas kehilangan 'nafas' CR yang terlalu tinggi yakni head yang sempit tidak memberi ruang pada mesin untuk 'bernafas' kerana senak dengan 'cranking pressure' yang semakin meningkat sewaktu enjin di kemucak RPM.. Biasa kita dengar masalah mesin yang kuat sewaktu starting tapi mendatar pada top speednya. ini adalah berpunca pada CR yang terlalu tinggi.
Jika CR terlalu rendah pula, mesin akan kehilangan kuasa di semua RPM.. Jesteru itu pastikan isipadu head anda berada di jalur yang benar..
 
Camshaft juga berperanan untuk mengatasi masalah ini.. Jika mesin bermain di CR yang agak rendah sekitar 10-13:1, lebih baik gunakan cam yang 'ketat'..( ini isitilah yang kami gunakan, mungkin anda ada istilah lain yang lebih baik ) iaitu menutup valve intake lebih awal, membuka valve ekzos agak lambat kira-kira 55 hingga 60 darjah pada timing camshaft.. Walaupun karektor cam begini lebih berkuasa di rpm bawah jika disetting tepat dengan CR anda, ia akan lebih bertenaga di top gear anda.. mengapa? kerana ruang pembakaran yang tidak terlalu senak boleh membuka rentang kuasa walaupun di RPM rendah, bermakna sprocket boleh dikecilkan dan mesin tetap tegang berlari di top gear... Tidak perlu cam yang berdurasi tinggi atau tinggi-tinggi kerana enjin modifikasi sederhana masih mempunyai tork yang tinggi, maka tidak hairan jika 'shot' mesin begini agak singkat-singkat, tapi bertenaga di top gearnya..... 

Tork tu apa? tanya teman tadi... Insyallah kami akan ceritakan pada post yang akan datang.. 

Untuk memberi lebih kuasa pada top gear pastikan semua kompenan berfungsi dengan baik. Dari karburator hingga muncung silencer tiada masalah kerana ia boleh mengganggu perjalanan mesin.. Sedikit pun gangguan akan menyebabkab mesin kehilangan kuasa..

Tidak semestinya dengan menukar karburator besar boleh mendapat top speed yang gila-gila atau ekzos perang yang cantik berkilat, CDI racing yang mahal-mahal akan memberi lebih kuasa.. Semuanya diatas setting kita sendiri.. Boleh juga hanya sekadar menukar blok 62mm (contoh untuk motor LC) kita boleh turun ke spoket 33 dengan sport rim standart, tayar 80/90-17 depan belakang meter boleh rapat dinding.. Yang penting kita kena selalu menambah ilmu mencari setting yang terbaik...

(Copy Paste Dari Alang Motor...nk taip idea x ada...Alang dah Buat Kita share saja...Tq Alang Motor)

11 comments:

  1. as'salam,along . . blh tmpg tnya sket x ?

    ReplyDelete
  2. pm kat fb jer...atau datang bengkel terus..

    ReplyDelete
  3. Asalammulaikum tuan..naj bertanya berkenaan kiraan CR..contoh jika telah dikira CR rendah dr keinginan..ataupun tinggi sgt dr keinginan kita..ape perlu di buat??kalo tinggi sgt CR ape perlu wat nak rendahkan..kalo tinggi ape perlu buat pula??harap dpt kongsi ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...kalo tinggi sgt cr tapper degree head perlu dilakukan utk merendahkan cr semula...jika cr rendah dan ingin ditinggikan...skim head blok atau menggunakan piston dome

      Delete
  4. Saya nak tanye, kriss 110 saya top mati knape ye ? Gear 3 saya dpt 120, masuk gear 4 makin berat n menurun dpt 110 je. Spec saya, blok 57, cam ikk carb ts, cdi std, coil pi racing, head dh polish.

    ReplyDelete
  5. Nak tanya sikit, block 65 mm ,head 19/22, nak buat CR brapa bacaan yang tebaik? And carb ape yg sesuai and brapa mj dan mp..?

    ReplyDelete
  6. Moto saya lc. Pakai Block fz. Sekarang saya ingat nk tukar piston kepada hi com punye. Apa step lain yg patut di lakukan. Maksud saya cr harus di set balik(head kene porting ke mcm mne), juga menggunakan cam fz? Tolong bantu Sy?

    ReplyDelete
  7. Sory mnympok sje bg pdpt,fz piston hcom sya cr 13 lebih,tp top xda mugkin head tllu sempit,cam fz xssuai utk cr 13 ats bak kate kata admin cam ketat..head da portig tp mugkin nafas xckup,skrg cam lift 6.2 msih xjpe top wlaupn rpm bwh mcm peluru..apa pn msih dlm proses try n error,cri lh pomen yg trbaik,try begkel abg yazid..sya rkomen bader ni,sg besi..fb yazid arbath

    ReplyDelete