Thursday, July 10, 2014

Bab 6-Pembinaan Stroke

Assalamualaikum...Formula Stroke...
crank kalau diputar akan membentuk lingkaran yg bersumbu pada titik tengah crank.Diameter linkaran ini juga disebut stroke. Karena piston bergerak sepanjang diameter lingkaran crank.
- kalau crank diputar dengan pusingan yg sama ( rpm ). Maka jarak lintasan di setiap putaran adalah
Keliling lingkaran = 3.14 X diameter (stroke crank)
Stroke 69
Keliling lingkaran = 3.14 X 69 = 216.66mm
Stroke 78
Keliling lingkaran = 3.14 X 78 = 244.92mm
Kalau crank berputar  100 rpm. Maka panjang  total lingkaran selama satu minit
crank 69 = 21666mm. crank 78 = 24492mm.    biasa dikira kecepatan piston per miniit (100 rpm) untuk crank 69 = 21.666 meter/minit.  crank 78 = 24.492mtr /minit
Prinsipnya crank 78 mempunyai kecepatan piston yg lebih cepat daripada crank 69.
Ok sekarang piston mesin kita umpamakan pompa ban sepeda.  Waktu menyedut angin kita sedut pelan2 kira2 /3 stroke kompresion

crank 69 dengan stroke hampir separa baru boleh mencapai maksimum tork ( sudut x 90 deg)
crank 78 dengan stroke baru sepertiga sudah mencapai tork maksimum ( sudut 90 deg)


Kesimpulan sementara untuk crank
Lebih panjang stroke = efisiensi volumetric yg ideal sudah dicapai di rpm bawah dan tenaga terjadi lebih awal karena  dengan 1/3 stroke sudah menghasilkan tork maksimum
Lebih pendek stroke =  efisiensi volumetric ideal dicapai di rpm agak tinggi ( ini untuk mengdapatkan kecepatan piston ideal. Kerana speed piston di 69 lebih rendah daripada 78.  Tenaga atau tork dengan mencapai hampir ½ stroke.
Padahal semakin piston melangkah mundur kompresion atau tekanan semakin menurun.

Tapi bukan bererti kecepatan maksima piston tidak ada batas efektifnya. Tetep ada … jadi kalau stroke besar  PEAK POWER atau maksimum power ada di rpm rendah. Kalau stroke pendek  PEAK POWER ada di rpm atas.
Seberapa bawah seberapa atas tergantung dari faktor cam, kompresion, head, carb , dll.
satu lagi  
bayangkan crank itu rod  semakin panjang... semakin berat beban kita angkat.
tork= panjang rod X tenaga      . tork = stroke X power piston.
demikian pula crank semakin besar stroke semakin besar torknya.

 namun demikian tidak selalu stroke besar  TEPAT digunakan semua  aplikasi. kembali ke peak power rpm yg dimau.

Tuesday, July 8, 2014

Bab 5- Ingin Kan Top Speed

Ruang pembakaran pada head

Salam semua.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi.. 

Post ini adalah untuk menjawab soalan dari seorang teman yang ingin tahu bagaimana untuk mencari topspeed. Walaupun soalan beliau lebih kepada top speed di trek drag 201m, jawapannya lebih kurang sama pada motosikal kendalian harian, motor lumba suka-suka, motor sekilo atau berkilo-kilo, motor nak gi pasar pun sama.. :)

Jika motosikal anda pernah di 'bore up' atau bahasa orang kampung penah lay blok, maka nisbah mampatan pada head telah meningkat. Apatah lagi yang saja-saja up piston hingga sebesar badak (siap masuk slip besar lagi).. Mesin akan menjadi senak hinggakan boleh membawa kesan negative pada motosikal anda.

Oleh itu sebagai langkah penyelesaian ruang pembakaran haruslah diporting semula mengikut kesesuaian kegunaan mesin. 

Jika mesin-mesin khas untuk perlumbaan jarak dekat biasanya mempunyai CR (Compression Ratio) yang tinggi sekitar 13-16:1,

Untuk mesin jarak jauh pula biasanya sekitar 11-13:1,

Mesin 'lumba suka-suka' sekitar 10-11:1..

dan motor gi pasar pula sebaiknya sekitar 8-9:1..

CR ini boleh diukur dengan pelbagai cara. Salah satunya dengan mengunakan picagari. Kira berapa banyak air yang boleh diisi diruang pembakaran. Dapatkan pula nilai isipadu enjin (cc). Selepas itu kita kira dengan formula ini.... 
Contohnya, sebuah mesin telah di jek rod menjadi 65mm, masuk blok besar 63mm, kawah head 20ml.. Cc telah menjadi 203...

(Isipadu head + isipadu enjin) / isipadu head = CR

(20 + 203) / 20 = 11.15

jawapannya dikira 11:1

*Cukup manis untuk motor lumba suka-suka.. :)

 

Dengan pengiraan itu tadi dapatlah kita tentukan CR untuk penggunaan mesin kita.

CR tinggi adalah baik kerana menjadikan mesin lebih respon, terasa dari RPM bawah sampai ke atas, top speed juga meningkat kerana final gear menjadi lebih bertenaga. Namun jika berlebihan pula akan menyebabkan:

Mesin cepat overheatEngine break menjadi berat dan kasarDetonationKnockingYang paling ditakuti RPM atas kehilangan 'nafas' CR yang terlalu tinggi yakni head yang sempit tidak memberi ruang pada mesin untuk 'bernafas' kerana senak dengan 'cranking pressure' yang semakin meningkat sewaktu enjin di kemucak RPM.. Biasa kita dengar masalah mesin yang kuat sewaktu starting tapi mendatar pada top speednya. ini adalah berpunca pada CR yang terlalu tinggi.
Jika CR terlalu rendah pula, mesin akan kehilangan kuasa di semua RPM.. Jesteru itu pastikan isipadu head anda berada di jalur yang benar..
 
Camshaft juga berperanan untuk mengatasi masalah ini.. Jika mesin bermain di CR yang agak rendah sekitar 10-13:1, lebih baik gunakan cam yang 'ketat'..( ini isitilah yang kami gunakan, mungkin anda ada istilah lain yang lebih baik ) iaitu menutup valve intake lebih awal, membuka valve ekzos agak lambat kira-kira 55 hingga 60 darjah pada timing camshaft.. Walaupun karektor cam begini lebih berkuasa di rpm bawah jika disetting tepat dengan CR anda, ia akan lebih bertenaga di top gear anda.. mengapa? kerana ruang pembakaran yang tidak terlalu senak boleh membuka rentang kuasa walaupun di RPM rendah, bermakna sprocket boleh dikecilkan dan mesin tetap tegang berlari di top gear... Tidak perlu cam yang berdurasi tinggi atau tinggi-tinggi kerana enjin modifikasi sederhana masih mempunyai tork yang tinggi, maka tidak hairan jika 'shot' mesin begini agak singkat-singkat, tapi bertenaga di top gearnya..... 

Tork tu apa? tanya teman tadi... Insyallah kami akan ceritakan pada post yang akan datang.. 

Untuk memberi lebih kuasa pada top gear pastikan semua kompenan berfungsi dengan baik. Dari karburator hingga muncung silencer tiada masalah kerana ia boleh mengganggu perjalanan mesin.. Sedikit pun gangguan akan menyebabkab mesin kehilangan kuasa..

Tidak semestinya dengan menukar karburator besar boleh mendapat top speed yang gila-gila atau ekzos perang yang cantik berkilat, CDI racing yang mahal-mahal akan memberi lebih kuasa.. Semuanya diatas setting kita sendiri.. Boleh juga hanya sekadar menukar blok 62mm (contoh untuk motor LC) kita boleh turun ke spoket 33 dengan sport rim standart, tayar 80/90-17 depan belakang meter boleh rapat dinding.. Yang penting kita kena selalu menambah ilmu mencari setting yang terbaik...

(Copy Paste Dari Alang Motor...nk taip idea x ada...Alang dah Buat Kita share saja...Tq Alang Motor)

Tuesday, June 10, 2014

Bab 4 - Standart Modi + Usik Bahagian Enjin

Sambungan dari Std modi bahagian topset yg dimodi hanya bahagian atas enjin...Kali ini akan kebahagian enjin bawah pula...

Modi bahagian enjin bawah yg belum turun enjin lagi...Bahagian kanan kiri enjin yg boleh dimodi utk menambahkan Pickup dan kelajuan...

Bahagian sebelah magnet - Lay Magnet dan adjust pulser...yg selalu di modi oleh kaki2 modi.

Bahagian Clutch - Menukar Spring Clutch yg keras sedikit dan ada yg menukar mangkuk clutch 5 spring Uma dan 6 spring.

Kedua-dua bahagian ini tadi di modi utk menambahkan lagi pickup utk motor anda.

Ada lagi la teknikal2 yg boleh dimodi di bahagian Clutch ini...Boleh hantar ke bengkel kami utk mendapatkannya.

Turun enjin dan buka utk di modi -

Bab ini selalunya ramai yg menunggu bila rod dah goyang baru nak turun enjin dan sekali gus baru modi part2 yg diperlukan.Ada gak yg baru kluar motor kat kedai terus nak modi sehingga bahagian enjin ni...diorang ni mmg kaki modi sejati namanya...hehehe

Dalam bahagian enjin bawah/tengah hanya ada Crankshaft, Rod,gearbox dan bearing shj...

Apa yg hendak dimodi...

Crankshaft -

Crankshaft ini utk menghasil kan kuasa torque...Std LC stroke 58.7...ber macam-macam cara juga kaedah modi dilakukan...

Ada yg bt crank balut, crank tanam & Jekrod...Semua itu utk menghasil kan kuasa torque maximum...

Apa bila seseorang telah jekrod motor nya...kiraan stroke akan berubah dari std...

Contoh : 58.7 + 4mm 

Apa crank tanam dan crank balut tu...nti2 la kupas kat bahagian Crankshaft shj.

Rod -

Ada yg menukar rod std ke jenis2 rod lain utk memakai blok2 bersaiz besar...seperti rod jaguh, belang dan suzuki smash, klx150 dsbnya...

Gearbox -

Ada yg menukar gearbox kpd gear box lain iaitu menukar gigi2 gearbox...ada yg menukar hanya gigi 1,2,4 shj dan ada yg menukar 1 set terus...Utk sprint ada yg pakai gigi 4 20T dan hiway 21T std 22T utk LC 4s...ini hanya bab tukar2 part shj...ada modi lagi bab gearbox ni stage by stage...Boleh kunjungi bengkel kami.

Utk 5s...Ada yg menukar Bahagian gearbox gigi 5 shj dan ada yg menukar 1,2,5 dan yg terbaru keluaran 6 speed gearbox...

Bearing - 

Bermacam-macam jenis bearing yg ada utk crankshaft dan gearbox ini...C3, C4 & C5...Selalunya ramai yg menggunakan bearing C3...Ada juga yg menggunakan bearing fiber utk bahagian enjin mereka...semua ini utk meningkatkan lagi tahap kuasa modifikasi pada bahagian enjin motor...Apa itu C3, C4, C5...Nti masuk bab2 bearing shj.

Sekian bab Std modi.

Friday, June 6, 2014

Bab 3 - Standart Modi (Bahagian Topset Sahaja)

Ramai yg suka bab ni kot...
Banyak pecahan gak bab ni...
Std modi bahagian topset dan sampai bahagian enjin pun kira std modi lg...
Amik bahagian topset dulu la...
Apa yg dikata std modi...
Std modi ni masih lagi menggunakan brg2 std dan ada la campuran brg2 racing tapi dlm keadaan std lagi...cuma up2 sikit2 je...contoh nya kata brg2 mcm brg std tu rupa bentuk masih std bukan custom made...
Apa barang2 yg selalu ditukar semasa melakukan Top Set ni...
Ada beberapa kaedah mengikut kemampuan sesorang membeli brg la...
Kaedah utk buat std modi...On the road spec...nak pakai race pun boleh.
Blok, Head Porting,Cam,Spring valve, Carburator,Ekzos, cdi
Bab Blok -
Blok ada berbagai-bagai saiz...57mm,60mm,61mm,62mm,63mm dan mm besar2 lagi la...kalo main std modi top set ni rod std disyorkan limited sampai 62mm shj blok diguna..besar2 sgt rod x tahan...Habis tu mcm mana nk pakai blok besar dari 62mm...kena la cari rod yg tahan mcm tkrj, jaguh, belang, dsbnya...jekrod jer...hehehe...nti kita sembang yer bab2 rod ni...
Blok ini juga ada yg iron dan ceramic...ramai lah yg memilih ceramic kerana ketahanan panas lg baik dari iron dan ada juga minat iron kerana boleh rebore balik...blok ceramic kalo calar...buang shj la...
Berapa lama jangka hayat sesebuah blok...boleh la cecah 2 tahun...lps tu piston ring akan longgar...tanda2 piston ring dah longgar dan dah makan...level minyak hitam anda akan menurun dgn cpt...
Pemasangan Piston Ring dan pemasangan piston pada rod sebelum masuk kan blok juga diambil kira...jgn pasang piston terbalik sudah...nti kebabommmm...
Bab Head Porting -
Head Porting ni mcm2 kaedah ada...Apa2 pun porting ikut spec adalah yg terbaikkk...apa tu porting ikut spec...porting ikut spec ni contoh pakai blok saiz berapa dan porting mengikut bukaan yg diperlukan tak terlalu besar tak terlalu kecil...mcm mana nk buat...huhuhu...kena hantar yg pandai buat la...apa yg di perlu porting...lubang minyak dan ekzos serta bahagian pembakaran di permukaan head...knp perlu porting head ini...sb bagi ia lebih bukaan utk menjana Hp motor anda...
Ada juga yg menukar head std ini ke Big Valve contoh Big Valve 19/22,20/22,22/24 dan besar2 lagi...Knp tukar big valve ni...haaaa...lagi power la HP dan pembakaran..org negeri 9 cakap bg ongap cukup...nk terang kan detail...panjang nak taip...hehehe...Ok...mcm pakai blok 62mm saiz big valve apa yg sesuai...19/22 dah terbaik dan boleh pakai 19/22 ini sehingga blok 65mm...kena porting x bila pakai bigvalve ni...porting la...lagi baik...
Bab Cam @ Camshaft -
Cam @ Camshaft ni mcm2 ada...Ada yg Oem cam,custom atau high cam...Apa tu Oem...Oem ni cam std...custom cam yg bersifat tp power...high cam yg banyak digunakan utk pickup yg lebih dan kecepatan bukaan valve...Banyak la Cam aftermarket yg dijual dipasaran seperti Cam Cms, uma, faito, x1r, popeye, dan mcm2 la...mcm mana nk kenal cam tu high cam...mmg kena tanya pakar la...Cam ini selalu nya ditengok pada degree, bukaan...sebaik-baiknya nak memilih cam utk spec2 mtr diukur dan disukat menggunakan alat2 degree dial cam dsbnya...bukan x nk terang kan pasal cam ni detail2...sb ia satu power yg memainkan peranan dlm menjana kepoweran mtr anda...so abaikan knp sikit sgt terang pasal cam ni...Dlm Malaysia ni x berapa ramai yg pandai baca cam degree..kalo ada pun diorang susah utk melepaskan ilmu2 ini...kerana...hehehe...Ada lg bab cam ni...iaitu cam custom...ha tu nti2 la terang kan dlm satu bab mengenai cam jer...insyaallah akan dikupas lebih detail...bukan nk sorok2...tp banyak rahsia la...hahaha
Bab Spring Valve -
Spring valve ni memainkan peranan juga...terutama bila nk main rpm atas 10k rpm...Macam2 jenama juga ada dijual...jika nak pakai jgn terlalu keras atau terlalu lembut...pemilihan spring valve yg baik akan mendapat performance yg baik juga...mcm mana nk buka pasang spring valve ni...ambil hammer dan box 12 ketuk...nti dia kan tercabut...nak pasang...ambil T10 dan kain tekan jer...pastikan sv ni betul kedudukannya...cuba tgk pada sv tu...ada yg rapat dan ada yg jarang...mana kat atas dan mana kat bwh...yg rapat kat bhgian bawah...ada yg sv ni patah...mgkin quality tak baik atau salah cara pasang...lps adjust la clearance tepet...sebaik-baiknya guna lah filler gauge...ukuran 5/10...10/15...15/20 in/out...apa tu in/out...in valve minyak out valve ekzos...jgn ketat sgt nti mtr x leh start...hehehe...dan top speed pun x best...jadi pandai2 la bt clearance tu...
Bab Karburator @ Carb -
Carb ni ada mcm2 jenis juga yg boleh dipakai...yg bestnya LC135 ni bila dimodi boleh pakai Carb2 2t...dan lagi laju la ia dari 2t dijalanan...aummmm...
Jenis2 carb favourite yg digunakan oleh kaki2 modi ni...Tzm, Rxz,Uma, Pwk, TM Mikuni, Keihin, DLL...Banyak wooo...
Saiz2 carb juga main peranan pada kaki2 modi ni...ada yg 24mm,26mm,28mm,30mm,32mm,34mm dan besar2 lagi la mm nya...
Apa yg perlu di set pada carb ni...Apabila kita telah menukar bore2(blok) besar dari saiz std dan menggunakan carb2 yg dipilih...saiz minjet yg sesuai ada lah diperlukan...salah set...kebabom...Minyak x cukup calar balar blok...minyak lebih membobok plak motor bwk pun x sedap...yg best bila dpt set cun...bwk mtr smooth jer...apa lagi nak set...iaitu pilot jet...pilot jet yg dipilih mengikut tahap kuasa yg kita mahukan...kalo pilot jet besar lebih kpd pickup dan pilot jet kecil lebih kpd topspeed...dan utk mengimbang kan tahap setting carb ini takuk jarum carb juga main peranan...leh ubah atas bwh dsbnya...ikut la setting kita mcm mana...jika minyak lebih dan setting minjet dan pilot jet dah mmg itu kita mahukan...boleh letak pada takuk jarum bahagian atas...jika minyak kurang boleh la letak bahagian takuk bawah...sebaik2 nya cari setting jarum takuk tengah...lps dah dapat minjet dan pilot jet...setting bukaan angin pada carb...ada skru yg boleh laras dibahagian carb itu utk setting bukaan angin...jadi laras la mengikut respon enjin...ada yg buka 1.1/2...ada yg buka 2 dsbnya ikut respon yg dimahukan...mcm mana nk tahu...pulas suku trotel dan tutup skru angin itu sehingga hbs dan buka balik ikut pusingan setengah demi setengah...nak lebih baik serah kan pada yg pakar set carb...adjust timing juga diperlukan utk timing mtr anda dlm keadaan sempurna...akhir sekali...boleh lah kita tgk setting kita ok ke tak pada bahagian plug...kalo ok pembakarannya..plug akan berwarna perang keputihan...jika minyak lebih plug akan lebam atau hitam...jika minyak kurang plug putih seperti tidak terbakar...jika karbon tinggi akan ada karbon yg hitam banyak pada plug anda...selamat mencuba...hehehe...
Bab Ekzos -
Pemilihan ekzos apabila kita dah modi motor juga amat memainkan peranan...banyak juga jenis2 ekzos yg dibina ada di pasaran...JPJ Malaysia x ganggu penjual hanya menyaman Pengguna (Tak Adil)...Sebenarnya ekzos2 modi ini digunakan didalm perlumbaan trek...tetapi ramai la yg guna dijalanan biasa....
Ekzos ni ada 2 jenis digunakan...Standart Modi (Ekzos Std yg dimodi mengikut spec modi) dan Ekzos Open yg di buat mengikut spec juga...bunyi nya aummmm...boleh pecah gegendang telinga...hehehe
Bab Cdi -
Bila semua dah settle bab std modi ni last sekali baru la pemilihan cdi...
Mcm2 jenama cdi ada dijual...Brt, Uma,ApI, DLL...Pastikan Yg Ori Baru Beli.
Sampai disini shj sikit2 pasal std modi bahagian topset...nak lebih detail dan lebih dgn kata2 mekanikal...sila dtg ke bengkel kami hantar mtr buat yer brader2 semua.Sambungan std modi di Bab Bahagian Enjin Pula....Tguuuu

Bab 2 - 4T OiL

Sebelum meneruskan bab2 modi...
Apa kata ambil dahulu pengetahuan pasal 4T oil...
Banyak gak ilmu nya ni...
Ada jenis... 10w/40...15w/40...10w/50...10w/60...
15w/50...20w/50
(W) WINTER atau tahap likat sejuk...40/50 adalah tahap kelikatan minyak.
Ada Sintetik, Additive, Mineral...Apa benda ni...

Sintetik - 
Minyak bukan dari galian yang diproses menjadi produk. (New Proses) sebaliknya minyak yg diproses (Dicampur) menjadikan produk bukan original dari galian.
Sesuai utk enjin motor dan kereta.
Additive - 
Campuran yg menguatkan lagi ikatan molekul minyak.
Mineral - Jenis minyak galian yg diproses menjadi produk (Original) yang tiada campuran additive yg lain bermakna ia adalah hanya minyak hitam shj (High Kalsium).
Kenapa pentingnya menjaga minyak hitam ini terutama mtr LC yg dah pakai Big Bore 60mm keatas....
Kerana ia adalah satu2 nya pelincir utk semua komponen enjin sehingga la ke bahagian Head  yg terdapat beberapa part yg amat penting dlm menjana kuasa HP motor itu tadi...
Utk mtr std... guna 10w/40 ok dah...jgn pakai likat sgt...berat...800ml
Utk motor std modi...guna 15w/50 atau 20w/50...sb big bore ni kuat makan minyak hitam...bg dia likat skit...dan penjanaan 10-12k rpm...1000ml
Utk motor2 jekrod paling baik guna 20w/50...ini spec otr la...biar likat sikit sb kuasa tinggi mtr2 mcm ni...1000ml
Spesifikasi & Pengiktirafan -
API - American Petrolium Industri
SAE - Specification Automotive Engineering
SE - Specification Europe
SJ - Specification Japan
SG - Specification Germany
Dan macam2 lagi peringkat dan level yg ada pada proses minyak hitam.

Wednesday, June 4, 2014

Assalamualaikum.... Welcome To My Blog LC 135.

Jap Jer...Bermaksud...Sekejap sahaja dlm mencari masalah motor2 anda,repair dan modifikasi kerana pengalaman dan kepakaran automotif serta mekanikal yg dipelajari dari bangku sekolah Teknik sehingga taraf pendidikan tertinggi...Jap Jer... tidak mengambil masa lama utk membuat semua kerja2 diatas...Jap Jer...tidak perlu anda menunggu lama utk mengguna kan motor anda semula semasa di repair atau modifikasi...Jap Jer...bila modifikasi motor anda akan lebih Laju dan cepat.
Pendaftaran SSM : Mendobut Motorworks Enterprise (NS 0122732-T)
Perkhidmatan Kami : Servis, Repair, Modifikasi, Makeover & Custom Made
Lokasi Bengkel : No.32,Senawang Bisnes Center,Senawang,N9
Contact No : 013-6286989 Along