Jap Jer Motorworks Blogs
Thursday, August 13, 2015
Bab 7 - Jekrod Edition (On The Road Spec)
Kongsi lagi bab Jekrod OTR edition pula...setelah 4 tahun mengkaji,membuat,menguji di jalanan sejauh yg mungkin..Paling jauh pernah test keupayaan Jekrod ini dah sampai Hatyai Thailand dari Port Dickson ulang alik full trotel hanya berhenti di setiap RnR untuk mengisi minyak dan menerus kan perjalanan semula...Alhamdulilah apa yg dibuat nampak keberkesanannya...dan speeding 9k-10k RPM 160-180 Km/h yg x disangka mampu memberi daya tahan terbaik...sampai thailand shj...1st cek minyak hitam...owh.. x kurang langsung...cek coolant...still penuh...minyak petrol baru isi rm 35 shj dari p.d sampai Hatyai(bohong ke??? kami jer yg tahu)...Saya share sikit spec nya...
Spec yg dibuat jarak jauh menggunakan Jekrod Edition ni...
Jekrod Faito 4mm
Blok 63mm brand Shark
Head Cms 19/22 Porting
Carb Tzm Ori Kedai (mj 185/pj 30)
Camshaft Cms
Spring Valve Cms
CDI Brt Dual Band
Ekzos YY Pang
Spoket 16/30
GearBox Cms 1,2,4(21T)
4T 20w/50
Coolant Yamaha
(mcm spec racing kan tapi ini la hakikatnya yg diuji jarak jauh)
Ada yg kata tak tahan la itu la ini la...nti enjin pecah la...mcm2 cerita lagi yg mengerikan...tak nafikan...sbnya mudah...mcm mana mereka buat dan ilmu cukup atau main taram...kalo ilmu nya cukup...mmg king motor tu..king bukan sb laju shj..tp ketahanan yg diambil kira...laju tak tahan x sampai thailand brader...crank std pun boleh pecah enjin der kalo ada yg x betul...kdg2 bukan salah pomen...mgkin material prob atau pun rider x dpt baca mesin utk menunggangnya...main taram la sng citer...huhuhu..Rekod kami ada yg 2 tahun belum bukak enjin tukar rod lagi sb jaga minyak hitam yg baik...hanya yg ada tukar piston shj sb material ring dah haus...dah tak padat kompres nya...
Ok la...itu citernya yg lepas..
Jekrod ini apa?
Jekrod ialah mengubah kedudukan pin pada crank...ikut la nk ubah berapa tinggi...1mm ke 2mm ke 4mm ke atau berapa mm ikut suka la...bila dah diubah secara tak langsung kuasa tork akan berubah kerana stroke dh berubah...
Di pasaran skrg ada yg menjual Jekrod2 yg dah siap...tinggal plug n play shj...seprti:Faito,Shark dll brand yg ada...Soalan?? Boleh pakai ke...Tu citer kat atas...huhuhu
Jekrod ini juga ada yg buat custom...hantar la foundry nk buat...mcm mana nk buat?/...bg yg pakar buat...hehehe..
Kelebihan bila kita pakai jekrod...kompom la power... pulas pergi pulas pergi motor tu.
Kelemahan atau Kekurangannya pula ialah...Org tak ada duit nk buat...huhuhu
Boleh pakai hari2 ke??? kan dah kata atas tu rekod kami 2 tahun x bukak enjin lg.
THE POWER OF LC135
Mcm mana cara pasang Jekrod OTR ni???
Bersambung nti edit lg...idea hilang..hehehe
Wednesday, August 12, 2015
BAB 1- STANDART
Thursday, July 10, 2014
Bab 6-Pembinaan Stroke
crank kalau diputar akan membentuk lingkaran yg bersumbu pada titik tengah crank.Diameter linkaran ini juga disebut stroke. Karena piston bergerak sepanjang diameter lingkaran crank.
Tuesday, July 8, 2014
Bab 5- Ingin Kan Top Speed
Ruang pembakaran pada head
Salam semua.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi..
Post ini adalah untuk menjawab soalan dari seorang teman yang ingin tahu bagaimana untuk mencari topspeed. Walaupun soalan beliau lebih kepada top speed di trek drag 201m, jawapannya lebih kurang sama pada motosikal kendalian harian, motor lumba suka-suka, motor sekilo atau berkilo-kilo, motor nak gi pasar pun sama.. :)
Jika motosikal anda pernah di 'bore up' atau bahasa orang kampung penah lay blok, maka nisbah mampatan pada head telah meningkat. Apatah lagi yang saja-saja up piston hingga sebesar badak (siap masuk slip besar lagi).. Mesin akan menjadi senak hinggakan boleh membawa kesan negative pada motosikal anda.
Oleh itu sebagai langkah penyelesaian ruang pembakaran haruslah diporting semula mengikut kesesuaian kegunaan mesin.
Jika mesin-mesin khas untuk perlumbaan jarak dekat biasanya mempunyai CR (Compression Ratio) yang tinggi sekitar 13-16:1,
Untuk mesin jarak jauh pula biasanya sekitar 11-13:1,
Mesin 'lumba suka-suka' sekitar 10-11:1..
dan motor gi pasar pula sebaiknya sekitar 8-9:1..
CR ini boleh diukur dengan pelbagai cara. Salah satunya dengan mengunakan picagari. Kira berapa banyak air yang boleh diisi diruang pembakaran. Dapatkan pula nilai isipadu enjin (cc). Selepas itu kita kira dengan formula ini....
Contohnya, sebuah mesin telah di jek rod menjadi 65mm, masuk blok besar 63mm, kawah head 20ml.. Cc telah menjadi 203...
(Isipadu head + isipadu enjin) / isipadu head = CR
(20 + 203) / 20 = 11.15
jawapannya dikira 11:1
*Cukup manis untuk motor lumba suka-suka.. :)
Dengan pengiraan itu tadi dapatlah kita tentukan CR untuk penggunaan mesin kita.
CR tinggi adalah baik kerana menjadikan mesin lebih respon, terasa dari RPM bawah sampai ke atas, top speed juga meningkat kerana final gear menjadi lebih bertenaga. Namun jika berlebihan pula akan menyebabkan:
Mesin cepat overheatEngine break menjadi berat dan kasarDetonationKnockingYang paling ditakuti RPM atas kehilangan 'nafas' CR yang terlalu tinggi yakni head yang sempit tidak memberi ruang pada mesin untuk 'bernafas' kerana senak dengan 'cranking pressure' yang semakin meningkat sewaktu enjin di kemucak RPM.. Biasa kita dengar masalah mesin yang kuat sewaktu starting tapi mendatar pada top speednya. ini adalah berpunca pada CR yang terlalu tinggi.
Jika CR terlalu rendah pula, mesin akan kehilangan kuasa di semua RPM.. Jesteru itu pastikan isipadu head anda berada di jalur yang benar..
Camshaft juga berperanan untuk mengatasi masalah ini.. Jika mesin bermain di CR yang agak rendah sekitar 10-13:1, lebih baik gunakan cam yang 'ketat'..( ini isitilah yang kami gunakan, mungkin anda ada istilah lain yang lebih baik ) iaitu menutup valve intake lebih awal, membuka valve ekzos agak lambat kira-kira 55 hingga 60 darjah pada timing camshaft.. Walaupun karektor cam begini lebih berkuasa di rpm bawah jika disetting tepat dengan CR anda, ia akan lebih bertenaga di top gear anda.. mengapa? kerana ruang pembakaran yang tidak terlalu senak boleh membuka rentang kuasa walaupun di RPM rendah, bermakna sprocket boleh dikecilkan dan mesin tetap tegang berlari di top gear... Tidak perlu cam yang berdurasi tinggi atau tinggi-tinggi kerana enjin modifikasi sederhana masih mempunyai tork yang tinggi, maka tidak hairan jika 'shot' mesin begini agak singkat-singkat, tapi bertenaga di top gearnya.....
Tork tu apa? tanya teman tadi... Insyallah kami akan ceritakan pada post yang akan datang..
Untuk memberi lebih kuasa pada top gear pastikan semua kompenan berfungsi dengan baik. Dari karburator hingga muncung silencer tiada masalah kerana ia boleh mengganggu perjalanan mesin.. Sedikit pun gangguan akan menyebabkab mesin kehilangan kuasa..
Tidak semestinya dengan menukar karburator besar boleh mendapat top speed yang gila-gila atau ekzos perang yang cantik berkilat, CDI racing yang mahal-mahal akan memberi lebih kuasa.. Semuanya diatas setting kita sendiri.. Boleh juga hanya sekadar menukar blok 62mm (contoh untuk motor LC) kita boleh turun ke spoket 33 dengan sport rim standart, tayar 80/90-17 depan belakang meter boleh rapat dinding.. Yang penting kita kena selalu menambah ilmu mencari setting yang terbaik...
(Copy Paste Dari Alang Motor...nk taip idea x ada...Alang dah Buat Kita share saja...Tq Alang Motor)
Tuesday, June 10, 2014
Bab 4 - Standart Modi + Usik Bahagian Enjin
Sambungan dari Std modi bahagian topset yg dimodi hanya bahagian atas enjin...Kali ini akan kebahagian enjin bawah pula...
Modi bahagian enjin bawah yg belum turun enjin lagi...Bahagian kanan kiri enjin yg boleh dimodi utk menambahkan Pickup dan kelajuan...
Bahagian sebelah magnet - Lay Magnet dan adjust pulser...yg selalu di modi oleh kaki2 modi.
Bahagian Clutch - Menukar Spring Clutch yg keras sedikit dan ada yg menukar mangkuk clutch 5 spring Uma dan 6 spring.
Kedua-dua bahagian ini tadi di modi utk menambahkan lagi pickup utk motor anda.
Ada lagi la teknikal2 yg boleh dimodi di bahagian Clutch ini...Boleh hantar ke bengkel kami utk mendapatkannya.
Turun enjin dan buka utk di modi -
Bab ini selalunya ramai yg menunggu bila rod dah goyang baru nak turun enjin dan sekali gus baru modi part2 yg diperlukan.Ada gak yg baru kluar motor kat kedai terus nak modi sehingga bahagian enjin ni...diorang ni mmg kaki modi sejati namanya...hehehe
Dalam bahagian enjin bawah/tengah hanya ada Crankshaft, Rod,gearbox dan bearing shj...
Apa yg hendak dimodi...
Crankshaft -
Crankshaft ini utk menghasil kan kuasa torque...Std LC stroke 58.7...ber macam-macam cara juga kaedah modi dilakukan...
Ada yg bt crank balut, crank tanam & Jekrod...Semua itu utk menghasil kan kuasa torque maximum...
Apa bila seseorang telah jekrod motor nya...kiraan stroke akan berubah dari std...
Contoh : 58.7 + 4mm
Apa crank tanam dan crank balut tu...nti2 la kupas kat bahagian Crankshaft shj.
Rod -
Ada yg menukar rod std ke jenis2 rod lain utk memakai blok2 bersaiz besar...seperti rod jaguh, belang dan suzuki smash, klx150 dsbnya...
Gearbox -
Ada yg menukar gearbox kpd gear box lain iaitu menukar gigi2 gearbox...ada yg menukar hanya gigi 1,2,4 shj dan ada yg menukar 1 set terus...Utk sprint ada yg pakai gigi 4 20T dan hiway 21T std 22T utk LC 4s...ini hanya bab tukar2 part shj...ada modi lagi bab gearbox ni stage by stage...Boleh kunjungi bengkel kami.
Utk 5s...Ada yg menukar Bahagian gearbox gigi 5 shj dan ada yg menukar 1,2,5 dan yg terbaru keluaran 6 speed gearbox...
Bearing -
Bermacam-macam jenis bearing yg ada utk crankshaft dan gearbox ini...C3, C4 & C5...Selalunya ramai yg menggunakan bearing C3...Ada juga yg menggunakan bearing fiber utk bahagian enjin mereka...semua ini utk meningkatkan lagi tahap kuasa modifikasi pada bahagian enjin motor...Apa itu C3, C4, C5...Nti masuk bab2 bearing shj.
Sekian bab Std modi.
Friday, June 6, 2014
Bab 3 - Standart Modi (Bahagian Topset Sahaja)
Banyak pecahan gak bab ni...
Std modi bahagian topset dan sampai bahagian enjin pun kira std modi lg...
Amik bahagian topset dulu la...
Std modi ni masih lagi menggunakan brg2 std dan ada la campuran brg2 racing tapi dlm keadaan std lagi...cuma up2 sikit2 je...contoh nya kata brg2 mcm brg std tu rupa bentuk masih std bukan custom made...
Bab 2 - 4T OiL
Apa kata ambil dahulu pengetahuan pasal 4T oil...
Banyak gak ilmu nya ni...
15w/50...20w/50
(W) WINTER atau tahap likat sejuk...40/50 adalah tahap kelikatan minyak.
Sintetik -